ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Thursday 4 April 2013

Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berikut meruapakan dialog yang saya lihat di ruangan status facebook kawan saya.
pok cik: nok gi mano?
me: nok balik rumoh.
pok cik: rumoh mano?
me: alik peng chepo.
pok cik: owh, ingat alik sano, kalu dop buleh tupe pok cik.
me: hihi

Maksud dialog di atas ialah kehidupan masyarakat Kelantan yang peramah.
ULASAN:
Sebagai seorang manusia yang berada dalam kelompok masyarakat yang pelbagai, kita seharusnya mengamalkan sikap ramah agar disenangi ramai.

Monday 1 April 2013

Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Perkongsian buat pembaca Blog...
Hari ini saya terbaca sepotong ayat yang dikatakan oleh Ustaza Azhar Idrus iaitu 
"Jika seorang kaum Adam melamar seorang kaum Hawa untuk menjadi isteri dan kaum Hawa bersetuju maka secara sahnya kaum Hawa tersebut telah sah menjadi tunangan kepada kaum Adam itu, namun ianya melanggar adat Melayu". Sekarang ni ramai orang tidak mengetahui akan perkara tersebut. Oleh hal yang demikian di ruangan ini saya harap ianya mampu memberi pengetuan kepada pembaca mengenai perkara ini.

Ulasan :
Ulasan yang boleh dibuat berdasarkan situasi di atas ialah semua orang seharusnya sedar akan perkara ini agar maksiat dan zina dapat dielakkan.

Friday 29 March 2013

Masa Senggang Bersama Radio Hot FM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Buat pembaca Blog semua, kali ini saya ingin berkongsi tentang masa senggang saya yang diisi dengan mendengar radio terutamanya radio HotFM. Slot yang digemari saya ialah slot panggilan hangit. Ianya amat mencuit hati saya. Kebiasaannya slot ini saya dengar pada waktu pagi. Pagi ini saya mendengar panggilan hangit yang dibuat kepada seorang perempuan tunangan orang. Perempuan tersebut dikenakan dengan panggilan hangit dari HotFM yang mana DJ radio telah mengaku skandal kepada tunangnya. Perempuan tersebut hampir menangis apabila mengetahui tunangnya berlaku curang di belakangnya. Selepas dikenakan seperti itu, DJ radio mengaku bahawa panggilan itu merupakan panggilan palsu. Permpuan tersebut tertipu.

ULASAN:
Ulasan yang boleh dibuat berdasarkan situasi di atas ialah isu gurauan. Gurauan kadang-kadang boleh diterima, namun jika ianya keterlaluan, ia seharusnya dielakkan kerana ianya mampu meleraikan hubungan yang terjalin.

Thursday 28 March 2013

Selepas Karnival

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Alhamdulillah bersua kita kembali dalam perkongsian cerita...
Perkongsian hari ini adalah cerita selepas program yang berlangsung selama empat hari...
Kepenatan yang dihadapi sebelum program dan semasa program sememangnya menjadi kenangan yang terindah bagi diri saya. Hal ini demikian kerana, segala urusan yang saya laksanakan untuk program ini dipermudahkan hasil kerjasama semua pihak dan berkat dariNYA yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya pengalaman itu sukar dicari dan tidak boleh dibeli dengan wang. Selepas program ini berlangsung, saya meneruskan tanggungjawab saya dengan menguruskan pekara-perkara yang belum selesai selepas mengadakan program. Alhamdulillah, kerjasama daripada semua ajk telah memudah dan mempercepatkan kerja.

ULASAN:
Berdasarkan situasi di atas, boleh disimpulkan bahawa kerjasama dalam pasukan untuk melaksanakan  sesuatu kerja sangat penting. Hal ini adalah untuk memastikan program berjalan dengan cepat dan lancar. Namun perkara di sebalik kerjasama adalah komunikasi. Jika komunikasi dalam kumpulan itu baik maka lancarlah program yang dijalankan. Oleh itu, komunikasi yang berhemah wajar diterapkan dalam diri semua orang kerana komunikasi yang baik melambangkan watak diri yang baik.

Wednesday 27 March 2013

Bahasa Jati Diri Bangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung...

Bertemu kita di entry baru...
Pada ruangan kali ini saya ingin berkongsi sedikit pendapat mengenai bahasa. Pepatah mengatakan bahawa bahasa itu jiwa bangsa. Namun apa yang saya lihat kini adalah berbeza dengan maksud pepatah yang dinyatakan. Bahasa sememangnya jiwa bangsa. Namun kini, bahasa mula diperlekehkan sewenang-wenangnya oleh bangsa Melayu sendiri. Bahasa Melayu kini dipandang sebelah mata oleh masyarakat Melayu sendiri. Bukti yang jelas, masyarakat Melayu sekarang banyak menggunakan bahasa rojak dalam perbualan seharian dan juga menggunakan bahasa ringkas dalam penulisan pesanan ringkas atau seumpamanya. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat  Melayu sendiri telah merendahkan martabat bahasa Melayu.

ULASAN:
Ulasan yang boleh dibuat berdasarkan situasi di atas ialah masyarakat Melayu seharusnya memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu kerana masyarakat Melayu merupakan nadi penggerak dalam memartabatkan Bahasa Melayu.

Tuesday 26 March 2013

Hari Lahir Saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini 26 Mac 2013, genaplah 23 tahun umur saya...
Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik pada umur ini.
Banyak ucapan yang diterima daripada kawan-kawan sama ada melalui facebook, sistem pesanan ringkas SMS, dan secara lisan. Semoga doa daripada kawan-kawan dimakbulkan. Pada malam tarikh 26 Mac, kawan-kawan datang ke rumah dengan membawa makanan kegemaranku. Aku sangat berterima kasih kepada kawan-kawanku. Tidak lupa juga, terima kasih diucapkan kepada ibuku yang telah melahirkan aku di dunia ini.

ULASAN:
Terima kasih. Perkataan yang sangat bermakna dan membuat seseorang itu berasa dihargai. Oleh hal yang demikian, setiap orang seharusnya sentiasa mengucapkan terima kasih tanpa mengira bantuan yang diterima. Hal ini demikian kerana perkataan 'terima kasih' itu mampu mengeratkan hubungan silatulrahim antara manusia.

Monday 25 March 2013

Permulaan Memartabatkan Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah saya berpeluang berkongsi sedikit cerita berkenaan dengan pembaca berkenaan dengan bahasa. Perkara yang difokuskan ialah memartabatkan Bahasa Melayu. Terdapat ramai pelajar yang ingin memartabatkan bahasa Melayu namun tanpa disedari, dia sendiri yang menjatuihkan bahsa Melayu itu sendiri. Sebagai contoh penggunaan perkataan "hello" apabila menyambut panggilan telefon jelas menampakkan bahasa Melayu mula diabaikan. Situasi yang ingin saya kongsikan ialah ketika mengangkat telefon terdapat daripada seorang kawan yang sangat mementingkan penggunanaan bahasa Melayu tanpa disedari telah memperlekehkan bahasa Melayu. Sebagai contoh apabila menyambut panggilan telefonnya, parkataan yang pertama keluar daripada mulutnya ialah “hello”. Tersenyum sendiri saya mendengarnya. Seorang tokoh yang beria mahu bahasa Melayu dimartabatkan telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sepatutnya beliau menjawab “apa khabar” ataupun sebagai Islam harus memberi salam. Saya tidak mahu cakap dengan lebih panjang, anda dapat menilai situasi tersebut dengan pandangan anda sendiri. Sekian saja perkongsian saya buat kali ini.
 
Ulasan:
Ulasan yang boleh dikatakan dalam situasi ini ialah jangan terlalu obses terhadap sesuatu perkara yang belum kita kuasai sepenuhnya kerana tanpa disedari ia akan memalukan diri kita sendiri.